Friday, May 24, 2013

Wednesday, May 15, 2013

10 video teknologi & inovasi dalam bidang perubatan

1. Cancer imaging : cutting by colour



2. Skin stapling technique



3. Exoskeletons enable paraplegics to walk



4. Functional contact lens monitor blood sugar without needles



5. Inclined platform wheelchair lifts.



6. Hospital bedside computer



7. Amazing new pills dispenser with alarms



8. Able to feed herself for the 1st time



9. Safety needle system tube



10. Woman has near total face transplant


10 foto teknologi & inovasi dalam bidang perubatan


1. Alat pengimbas luka


Produk ini adalah sistem pengurusan maklumat luka, yang pertama seumpamanya yang menggabungkan alat pengimejan yang tepat dan konsisten dimana ia boleh mengukur saiz luka. Ia juga mengintegrasikan imej luka dengan data penting yang lain untuk menyediakan rekod yang tepat dan lengkap serta membantu dalam proses penyembuhan luka pesakit.

 Alat ini boleh mengimbas dan menyimpan maklumat mengenai lebar dan kedalaman luka, yang membantu jururawat memantau penyembuhan luka dari masa ke masa. Produk ini mempunyai beberapa ciri lain seperti perisian untuk berkongsi maklumat luka dengan pasukan klinikal ( doktor dan sebagainya ) dan laporan rekod nota klinikal dan juga boleh menganalisis hasil penyembuhan luka pesakit.



2. 'SimpleMed' PillBox
Produk SimpleMed ini adalah bagi membantu orang-orang yang berumur atau mereka yang mempunya masalah dalam mengingati waktu pengambilan ubat. Doktor,jururawat,ahli farmasi atau pesakit sendiri boleh mengisi sendiri maklumat ke dalam SimpleMed PillBox sehingga maximum 4 dos sehari  untuk seminggu. Sistem yang terdapat di dalam alat ini disambungkan melalui telefon ke pusat pemantauan, memberitahu pesakit dengan peringatan visual dan boleh didengar bahawa ia adalah masa untuk pengambilan pil. 



3. Mesin oxygen mudah alih

Mesin oxygen ini merupakan antara yang teringan dan terkecil di dunia serta boleh dibawa kemana-mana sahaja. Mesin oxygen ini hanya menggunakan bateri untuk berfungsi dan boleh juga dicas seperti telefon mudah alih. Alat ini memudahkan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah pernafasan terutamanya ketika mereka melancong atau pergi ke tempat yang tidak mempunyai bekalan oxygen. Beg oxygen ini boleh disandang di atas bahu dan memudahkan para penggunanya untuk bergerak kemana-mana sahaja.


4. Kanta lekap - pengesan kencing manis 


Kanta lekap ini amat sesuai digunakan bag mereka yang mengalami masalah diabetes atau kencing manis. Jika gula tidak dimetabolismakan dengan sempurna dan membawa kepada peningkatan kadar gula dalam darah, kanta ini berupaya mengesan masalah tersebut dan seterusnya menukar warna kepada ungu,hijau atau kemerah-merahan. Kadar gula yang normal akan menyebabkan kanta tersebut menghasilkan warna hijau, kadar gula yang tinggi akan menukar kanta kepada warna ungu dan warna seakan kemerah-merahan jika kadar gula rendah dalam badan. Penggunaan kanta lekap ini merupakan salah satu alternatif kepada pesakit kencing manis yang enggan jari mereka di cucuk bagi mendapatkan bacaan gula dalam darah.



5. 'Sleep Well'
Sleep Well merupakan satu alat tanpa wayar yang berupaya untuk mengukur kadar gula dalam darah. Alat ini sangat berguna dalam membantu ibu bapa terutamanya bagi mereka yang risau keadaan hypoglycemia anak mereka sewaktu tidur. Seutas gelang ringan dipakai di pergelangan tangan anak tersebut dan maklumat akan dihantar ke satu alat lain yang berdekatan serta diawasi oleh ibu bapa. Alat tersebut turut dilengkapi sistem alarm bagi memudahkan ibubapa sedar dan peka akan keadaan anak mereka tanpa perlu bangun dari katil. Jika keadaan terdesak atau berlaku kecemasan, ibubapa boleh bergegas ke bilik anak mereka bagi memberikan rawatan awal.



6. Micro robot bagi melancarkan perjalanan darah



Micro-robot ini merupakan satu alat yang boleh dimasukkan kedalam saluran darah dan akan pergi ke seluruh tubuh badan. Dengan size yang sangat kecil, micro-robot ini direka bagi membersihkan saluran darah dengan cara melepaskan ubat terutamanya jika terdapat pengumpulan darah beku yang menghalang perjalanan darah dengan sempurna. Alat ini sangat berguna terutamya kepada pesakit yang mempunyai masalah jantung akibat terjadinya darah beku di sepanjang saluran darah serta boleh berada di dalam tubuh manusia selama 10 hari.


7. 'Sootheaway' melegakan migraine


‘Sootheaway’ merupakan satu alat yang digunakan bagi merawat pesakit-pesakit yang mepunyai masalah sakit kepala atau migrain tanpa menggunakan sebarang ubatan. Selain daripada itu, ia juga turut memberikan rawatan terapi sejuk atau panas (hot or cold therapy). Alat ini diletakkan di tempat yang diingin dirawat seperti contoh jika seseorang mengalami masalah sakit kepala,letakkan ‘Sootheaway’ ini di bahagian sekeliling kepala (bahagian dahi). ‘Sootheaway’ ini dapat melegakan sakit kepala atau migraine.


8. Pil elektronik - mengumpul data di dalam badan


Pil elektronik ini mempunyai sensor atau kamera bersaiz micro di dalamnya yang bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat sepanjang perjalanan pil itu ke saluran pemakanan. Antara maklumat yang diperolehi oleh pil elektronik ini adalah kadar acid dalam perut, tekanan serta suhu di esophagus,perut serta usus. Maklumat-maklumat tersebut akan dipindahkan kepada komputer doktor bagi tujuan analisis. Pil ini sangat berguna bagi mengenal-pasti punca-punca penyakit seperti pedih ulu hati, sembelit, hilang selera makan dan sebagainya.


9. Pam insulin mudah alih


Pam insulin ini merupakan satu alat mudah alih yang dilekatkan di badan serta boleh memberikan pesakit jumlah insulin secara tepat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kelebihan pam insulin mudah alih ini ialah pesakit boleh menetapkan sendiri jumlah insulin mengikut bacaan gula dalam darah selain dari insulin boleh diberi pada bila-bila waktu yang diperlukan.



10. cermin penyukat suhu badan



Alat ini direka khas oleh jabatan elektronik jepun melalui penggunaan sensor inframerah untuk menyukat suhu badan pesakit atau orang ramai tanpa sentuh sejauh 1 kaki atau 30 centimeter (cm). Individu yang menggunakannya perlu berada di depan dan melihat cermin penyukat suhu badan tersebut tanpa perlu menyentuhnya. Sekiranya didapati demam, alat yang mengaktifkan penggera akan berbunyi serta-merta. Cermin themo ini mempunyai dua versi di mana jika tidak digunakan untuk menyukat suhu badan, ia akan menunjukkan tarikh, masa, kelembapan dan suhu atmosfera.












Tuesday, April 9, 2013

pengenalan kepada subjek : teknologi dan inovasi dalam pendidikan


Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.


Inovasi pula ialah satu kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.